Friday, July 17, 2009

Sepagi bersama Ted Adnan : Kelas Asas Pencahayaan


Bersama Ted Adnan tempohari di Taman KLCC cukup mengujakan saya. Ops… siapa dia Ted Adnan? Beliau merupakan salah seorang jurugambar profesional di Malaysia. Peluang menuntut ilmu fotografi bersama beliau merupakan satu lagi langkah saya dalam mendalami ilmu fotografi. Benarlah ilmu itu sangat luas, semakin banyak dipelajari, semakin banyak yang kita tidak ketahui.Kelas kali ini saya belajar tentang Asas-asas Pencahayaan, antara aspek penting yang mesti diketahui untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.



Terima kasih kepada Saudara Khairil Faizi @ Torque dari Chap Ayam Photographers, sebuah lagi kumpulan fotografi yang berani saya tengok dari jauh belum lagi berani nak minta mereka beri komentar tentang foto-foto saya.



Fotografi membuatkan saya leka sebentar daripada kesibukan harian. Fikiran jadi tenang tidak memikirkan apa-apa kerana sibuk mengendalikan peralatan kamera itu. Banyak hobi telah saya cuba namun saya rasa fotografi ini lebih memberikan kepuasan kepada saya. Manalah tahu ada rezeki lebih, Allah lorongkan rezeki daripada fotografi juga.


Ted Adnan dan anak muridnya.

2 comments:

Faizal Fakarudin Sunday, August 16, 2009 10:49:00 AM  

ooo.. pergi kelas ted adnan... bagus tu...

mhd azlan Wednesday, August 19, 2009 10:14:00 AM  

cantik sampel gambo ko sunard. tapi kena cuci sket lense tu... ada dot-dot kat gambo tu.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP