Monday, January 26, 2009

Gerhana dan Rancangan Serangan Ke Atas Israel

Hari ini bukan sahaja hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, tetapi hari ini juga berlakunya peristiwa alam semulajadi yang perlu kita sama-sama hayati dan fikirkan akan kebesaran Allah iaitu gerhana matahari. Bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain, kami menyaksikan kebesaran Allah ini. Maha Suci Allah.



Topeng pengimpal yang digunakan untuk mencerap gerhana matahari.

Usai gerhana matahari, kami menjalani latihan tembakan meriam untuk menyerang balas tentera-tentera zionis. Latihan ini diketuai oleh seorang guru dan disertai oleh bapa-bapa di kampung ini. Anak-anak menjadi pemerhati. Sasaran kami ialah pejabat Perdana Menteri negara haram Israel.


Sebenarnya kami bermain roket tekanan angin yang dibawakan oleh pakcik saya dari Johor Baharu. Saya kira niat asalnya untuk menunjukkannya kepada anak-anak saudaranya yang lain agar timbul minat untuk belajar sains. Namun, ia berakhir dengan bapa-bapa kepada anak saudaranya yang bermain. Seronok juga sambil menyegarkan kembali pengetahuan saya mengenai sains seperti daya tujahan halaju dan sebagainya. Mungkin ini sebenarnya cara yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kita meminati sains dan matematik. Ini tidak, diajarnya dalam bahasa Inggeris, sudahlah minat terhadap sains dan matematik kurang, bahasa Inggeris pun lemah akhirnya yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.


Saya tunjukkan beberapa keping gambar untuk pembaca sekalian. Amaran, ia harus dimainkan di kawasan lapang.




Akhirnya dilancarkan roket. Ada yang singgah di atap rumah malahan mendarat di dalam parit.

4 comments:

Dr Azwan Tuesday, January 27, 2009 9:18:00 AM  

Salam abahfateh...

Wah ni baru betul.... kita perlukan orang-orang yang berkemahiran melancar roket untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.. takbir!

Anonymous Thursday, January 29, 2009 8:53:00 AM  

dr azwan - insya-allah. kalau tak dapat tembak secara fizikal, semangat perlu ada dan dapat mencabar mereka daripada segi ekonomi, ilmu dan teknologi.

Anonymous Thursday, January 29, 2009 9:18:00 AM  

salam abhfateh

ye... kite perlu bersaing dari segi ekonomi ilmu dan teknologi... moga Allah kurniakan smangat yg kental utk kite mencabar rejim yg dilaknat Allah tu

Anonymous Thursday, January 29, 2009 10:08:00 AM  

manje - kita doakan akan muncul para cendekiawan islam yang beriman dan bertakwa kepada allah.

Jumlah Pelawat

About This Blog

  © Blogger template 'Blue Greens' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP